

| BOIKOT? | 25.9.09 |
|
Nukilan/Posted By : Dr Zambry Abd Kadir
|
|
Dalam Sinar Harian edaran Perak 24hb Sept 2009, Ngeh Khoo Ham Pengerusi DAP Perak menyuarakan bahawa PR akan memboikot Sidang Dewan yang dijangkakan akan dipanggil oleh Speaker Dewan Dato R. Ganesan sebelum tempoh enam bulan tamat.
Menurutnya perlantikan Ganesan adalah tidak sah dan tidak mengikut peraturan Dewan. Dan macam-macam lagi alasan yang diberikannya bagi memperlihatkan kehodohan Speaker Ganesan, manakala di pihaknya semua dianggap suci.
Ada pemberita yang bertanya kepada saya -- apa komen terhadap kenyataan beliau itu? Saya jawab dengan mudah "anda semua percaya?".
Semua orang tidak mungkin melupai apa yang dilakukan oleh mereka apabila Sidang haram di bawah pokok diadakan. Mereka dengan bongkak dan angkuh menidakkan kuasa perisytiharan Sultan untuk memanggil Sidang Dewan yang haram sambil melaung-laungkan bahawa sidang mereka itu sah.
Tetapi apabila Sidang Dewan yang diisytiharkan oleh Tuanku selepas permohonan mengadap oleh saya sebagai Menteri Besar dibuat, mereka tetap masuk juga.
Malah mereka masuk dalam Sidang Dewan yang bersejarah itu dengan tindakan ganas dan biadap, seolah-olah negeri Perak tiada undang-undang dan institusi Raja tidak dipedulikan sama-sekali.
Malah yang mendukacitakan lagi ialah satu lagi episod tindakan di bulan ramadan baru-baru ini dengan memanggil satu lagi sidang dewan haram oleh seseorang yang menggelarkan dirinya speaker dengan tidak menghormati sekali lagi institusi Raja dan kerajaan yang ada.
Malah mereka membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar kedudukan Ganesan sebagai Speaker. Keputusan nyata menolak kes mereka. Tetapi masih mereka tidak puas hati.
Sekarang mereka buat lagi cerita baru bagi menunjukkan kesucian mereka. Saya tidak akan terkejut sekiranya Ngeh atau konco-konconya akan memberi kenyataan baru menyatakan mereka tetap akan menghadiri Sidang Dewan yang akan diadakan nanti.
Ingatlah apa yang diluahkan oleh Nizar sebelum ini bahawa Sidang Dewan yang akan datang akan menjadi lebih teruk daripada Sidang Dewan 7hb Mei lalu. Amarannya tidak akan dilupai begitu sahaja.
Tetapi saya amat hairan dengan sikap Nizar pada hari ini yang bersetuju pula dengan arahan Ngeh untuk tidak menghadiri Sidang Dewan. Setelah diteliti lebih mendalam dengan segala perbuatan dan sikap Nizar selama ini khususnya dalam proses membuat keputusan dan hubungan mesra Ngeh-Nizar maka wajarlah kenyataan Nizar itu setelah mendengar apa yang diarahkan oleh Ngeh.
Sikap mereka sama sahaja iaitu tidak akan membiarkan perjalanan yang lancar untuk BN memerintah. Tetapi semakin kuat mereka bertindak mencemar negeri Perak, semakin kuat pula saya menyaksikan kesungguhan rakyat untuk menolak sebarang bentuk keganasan dan paranoid politik mereka.

Hakcipta / Copyright © 2009 Blog Rasmi Dato' Seri Dr. Zambry Abd.Kadir
Pelancaran Blog / Blog Launch : 1 Mei 2009



28 Respon/Comments:
Satu Hari Dihari Raya
Berkunjung ke rumah sanak saudara
Jangan dilupa kepada yang tiada
Bersyukurlah kita kepada yang Esa
Sambil beraya kita bercerita
Cerita tentang keadaan negara
Harta dirobek dijual segala
Oleh pertualang dan pengkhianat negara
Makan ketupat dan rendang
Pemimpin Pakatan hidup senang
Lupa diri dan Ugama Islam
Negeri yang dikuasai tungging langgang
Satu Hari di Hari Raya
Sambil beraya kita bercerita
Banyak janji gagal dikota
Pakatan Haram kerap berdusta
Cerita kepada sanak saudara
Pakatan Haram menipu sentiasa
Rasuah dan sex merata-rata
Islam dihina rakyat menderita
Y.A.B. Dato' Seri...saya cukup hairan dgn sikap pemimpin PAS, DAP dan PKR di Perak ni...can we go back to the first thing to be look into here...puncanya keretakan dan jatuhnya pembangkang di Perak adalah tiga ADUN ( 2 PKR ) (1 DAP ) keluar parti. Mereka dah hilang majoriti...saya sama sekali tidak suka menyebut Kerajaan PR kerana sebenarnya parti yang haram adalah PR...mereka sehingga kini masih belum berdaftar sebagai sebuah parti...sebenarnya TIDAK WUJUD PARTI PAKATAN RAKYAT...yang boleh kita katakan disini adalah Barisan Alternatif atau Pembangkang sahaja....BN is a registered body...but not PR...till todate...Sivakumar semasa sidang yang lalu telah menolak keputusan mahkamah yang mana larangan beliau kepada Y.A.B. Dato' Seri dan ADUN BN serta Bebas hadir ke sidang DUN tidak diterima oleh mahkamah dan kehadiran Dato' Seri bersama ADUN BN & Bebas adalah mengikut peraturan dan undang - undang. Dari apa yang kami di luar lihat, Sivakumar should understand that he will be remove sepertimana speaker terdahulu dari BN ditukarkan kerana kita sudah hilang majoriti. At that time, BN has shown our gentlement and respect keputusan rakyat dalam PRU 12. We accept Sivakumar as Speaker walaupun kita tidak mengundinya dalam Dewan kerana just dua kerusi plus vote for himself. So semasa sidang yang menjadi kelam kabut itu...beliaulah yang menjadi puncanya...sikap kedegilan beliau menidakkan keputusan mahkamah serta tidak menghormati serta mentaati DYMM Tuanku Sultan is truly a point that we can see and rakyat Perak should understand. Apa yang perlu sekarang ialah bentuk penerangan yang perlu kita trangkan pada segelintir rakyat yang tidak faham dan dikelirukan oleh pembangkang yang rata rata menggunakan fahaman mereka dalam undang undang especially the two cousins menyampaikan maklumat yang tidak benar kepada rakyat...we have to tackle these smartly...sepatutnya Sivakumar akur pada undi yang akan dibuat dalam sidang tersebut and he will be back as ADUN Tronoh ..itu saja..tapi dia tak nak terima kenyataan sebenar....there must be a way to end this...he should be call to the committee...we are in power and we have to be smart ...saya lihat disinilah puncanya....bekas speaker sivakumar tidak mahu terima kenyataan....Nizar and the two cousins and their penasihat that ex judge with Anwar is the people acting behind the screen...everybody knows that...and what are we going to do....adakah kita just ignore them ....will rakyat yang menyokong kita akan diam....i'm sure the answer is NO...apatah lagi Tuanku Sultan and ketuanan Raja dihina...oleh anak - anak Perak sendiri...we use the law to handle them....let rakyat knows the truth....kami sentiasa berdoa agar kepimpinan Dato' Seri dan Ke bawah DYMM Tuanku serta kerabat dilindungi Allah...
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dato seri...
teruskan berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum...dato seri tidak besorangan dalam menempuh arus yang bergelora ini...kami sentiasa dibelakang dato seri.... ;)
saya rasa rakyat boikot diaorang pula kot..dah bosan dengan politik kosong...takde isi langsung untuk kebaikan rakyat..
semuanya sudah menjadi sampah..
Saya lihat sejak apabila allah memberi peluang kepada pakatan Rakyat memerintah selepas pilihanraya lepas, rupanya bukan sahaja pemimpin pakatan yang sombong dan bongkak kuasa tetapi ahli-ahli yang tak tahu apa di kampung-kampung juga sudah bongkak. Ada yang sekarang tidak segan silu dalam majlis-majlis raya keluarga pun sembang politik kononnya mereka yang paling baik dan betul. Yang tidak bersama mereka salah dan berdosa betul. Inilah cabaran pemimpin umno untuk membetulkan kembali masyarakat yang dorosakkan oleh pakatan sehingga ada adik beradik bergaduh sebab politik telah dibawa ke dalam keluarga.
PAS KAFIRKAN UMNO KERANA PERINTAH MALAYSIA DENGAN PARTI BUKAN ISLAM
Sejak tahun 1964 PAS telah menyatakan UMNO kafir kerana berkongsi kuasa memerintah Negara ini dengan para pemimpin bukan Islam seperti MCA & MIC kerana PAS menyifatkan perkongsian kuasa yang dilakukan oleh UMNO bercanggah dengan ajaran Islam.
Tetapi sebaliknya bila PAS hendak menyertai PR, TG Hadi Awang berfatwa pula dalam bukunya yang bertajuk “AMANAT HAJI HADI – PENGHURAIAN DAN PENJELASAN” di mukasurat 8 & 17 menyatakan bahawa HARUS bekerjasama dengan dengan orang bukan Islam. Sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran dengan UMNO/BN di tahun 1973-1977, TG Nik Aziz dalam bukunya yang bertajuk “SIKAP SAYA” terbitan 15 Disember 1977 di mukasurat 3 memetik fatwa Dewan Ulamak PAS Pusat bahawa “Kerajaan Campuran adalah HARUS dan diTARJIH oleh Kongres”
Dengan itu jelas sekali PAS memang mempermainkan Hukum Allah dan berfatwa mengikut kepentingan politik dan bukannya kepentingan Islam. Sebab itu hukum-hakam dalam PAS boleh berubah mengikut isu dan kepentingan politik, sehingga PR menjadi HALAL WAJIB disokong, sementara UMNO/BN menjadi HARAM dan WAJIB ditentang. Surah al-An’am ayat 57 Surah an-Nisa’ ayat 46.
http://www.youtube.com/watch?v=PRzYG9vJXAQ
http://www.youtube.com/watch?v=D8Dw3Pv1Lbc
http://www.youtube.com/watch?v=LtRlJNbS_Ec
Dato Seri,For ur info
Perak opposition plans massive Oct 24 rally
2009/10/05
IPOH, Mon: The Opposition in Perak is planning to hold a massive gathering in Lumut on Oct 24 to celebrate Aidilfitri and at the same time call for the dissolution of the state's legislature.
State PAS Youth chief Zawawi Hasan said some 10,000 members from the opposition Pakatan coalition in the state were expected to attend the gathering which will begin at 11am.
"During the gathering, Pakatan will call for the State Assembly to be dissolved to pave the way for a fresh election," he told reporters here today.
He added that PAS would be applying for a police permit to hold the gathering. -- BERNAMA
Sempena persidangan DUN Perak pada 28 oktober ini pasti akan ada lagi lakonan si Nizar. Akan ada lagi beruk dan ungka yang akan melompat-lompat di dalam Dewan Undangan Negeri, elok lah kira nya pihak Polis di ganti dengan Perhilitan, kerana Perhilitan lebih arif dalam hal mengawal haiwan liar ini
Salam. Saya harap Dato' Seri bubarkan DUN Perak dengan segera krn rakyat Perak dah tak sabar nak nyahkan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat dari jadi ADUN. Saya yakin kita mampu menang kesemua kerusi DUN kerana semua itu telah dimulai oleh YB Tan Sri ISA di Bagan Pinang. Berani kerana benar. Bubar hari ini esok perintah dengan lebih gah!
- UMNO Totok Sg Behrang, Tg Malim.
salam DS,
Saya cadangkan agar bagi sidang dun yang akan datang ini, DS jemputlah rtm atau tv3 untuk buat siaran langsung agar seluruh rakyat Malaysia akan kenal jenis pembangkang yang ada di Malaysia ini.
Mereka sudah semestinya akan membuat kacau agar sidang dun oleh kerajaan BN tidak akan berlangsung.Perebutan kerusi speaker pasti berlaku lagi.
DS arahkan adun2 BN supaya berhemah dan mengikut peraturan dan biarkan mereka bertindah seperti barbarian.Biar rakyat melihat sifat kebinatangan mereka.
Assalammualaikum Y.A.B Dato' Seri maafkan saya andai menganggu rutin harian dato ari ni.
tak ada apa yg ingin saya ceritakan hanyalah satu persoalan di mana pembelaan di kawasan dato sendiri.
satu hari saya aada pergi melawat kampung2 pendalaman di kawasan teluk muroh Lumut, saya dapati kawsan tersebut tidak di bela dengan sempurna, malah ketua kampung pon ada tinggal di situ dlaam keadaan suasana yg tidak terurus. pernahkah dato masuk ke kawasan itu makan laksa??
mungkin dato ' ingat tempat tu... sekali lagi ingin saya ingatkan dato; supaya pergi melawat tempat tersebut dengan mengejut tanpa di beritahu kepada org2 UMNO sana apa yg dato akan dpt lihat nanti. saya begitu kasihan melihat wagra emas tersebut di halau tanpa dapat pembelaan dari mana mana pihak.
Salam Dato' Seri,
Pembangkang cuma mahu menimbulkan keadaan politik yang tidak stabil di Perak.
Tujuan pembangkang hanyalah satu iaitu mahu meletakkan politik Perak dalam sesuatu yang tiada penghujung kecuali pembubaran DUN.
Tapi mereka ini semua lidah bercabang. Kalau kita perhatikan, dulu mereka ini cakap lain. Sekarang cakap lain pula.
Rujuk artikel berikut untuk lihat sikap lidah bercabang mereka ini:
http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/04/bubar-dun-lain-hulu-lain-parang.html
Terima kasih.
Wassalam.
Salam Dato' Seri,
Pembangkang sememangnya cakap tak serupa bikin. Mereka ini langsung tidak mahu melihat wujudnya kestabilan politik di Perak. Memang tak ubah cara ala komunis.
Dulu mereka cakap bawa 31 orang MP BN yang melompat ke PR ke Istana Negara mengadap Yang Di-Pertuan Agong, apabila Agong perkenan maka bolehlah ambil alih kerajaan Pusat", terang seorang ahli akdemik undang-undang yang menulis panjang lebar dalam Harakah. Tapi lain pula jadinya kalau BN yang gunapakai cara tersebut. Halal bagi PR, haram bagi BN.
Kalau sudah keputusan Sultan menitahkan bubar DUN, rakyat akan ikut, mereka akan turuti titah Sultan. Rakyat tidak mempunyai masalah. Dan jika tiada pembubaran DUN pun rakyat akan terima. Tiada banyak soal. Yang tidak boleh terima hanyalah pemimpin yang mabuk kuasa dan penyokong yang ber'sultan'kan pemimpin!
Yang anehnya, Nizar dengan rasa penuh insaf pernah menyatakan akan menuruti segala keputusan bijaksana Sultan dalam membuat keputusan. Namun apabila keputusan tidak menyebelahinya beliau mengambil langkah menderhaka. Tidak mahu menjunjung titah!
Baca artikel "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara!" berikut:
http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/02/kesetiaan-kepada-raja-dan-negara.html
Terima kasih.
Wassalam.
NAK KHABOR KAT RAKYAT SIKIT....
menempis FITNAH RPK terhadap KESULTANAN MELAYU
http://www.papagomo.com/2009/10/raja-petra-rpk-vs-papa-gomo-isu-fitnah.html
teruskan perjuangan dato seri. saya anak jati perak tetap menyokong perjuanagan dato seri. pembangakang hanya retorik saje. pengakuan dan penafian mereka hanya untuk lakonan simpati rakyat (totok pr )saje. berjuang demi kebenaran.
Salam sejahtera Dato’Seri,
Obviously, Pakatan Rakyat is rapidly losing its lustre as an alternative to BN. Recent tiffs between its components, PKR, Pas and DAP, have put the loose opposition alliance under considerable pressure, with cracks appearing. In fact, Pakatan Rakyat is currently struggling to rectify internal strife and fend off external attacks.
Efforts to plaster the cracks, through endless displays of a united front in ceramahs and other events, have proved fruitless.
Troubles and conflicts that remain unresolved are causing uneasiness on the ground, especially in the states they administer. Every so often, it looks as if Pakatan Rakyat is about to split or torn apart.
We, the Perakians, are indeed very tired of the inability, or rather the impotence, of Pakatan Rakyat leaders to see eye to eye over issues concerning the rakyat. In this regard, we strongly believe that those who voted for Pakatan Rakyat in the last general election have good reasons to reassess their rejection of BN.
Dato’Seri,
Many new challenges now lie ahead of us. Hence, let us make a firm resolve to forge ahead. Let us confidently and exuberantly march across the bridge of hope to the future, burning with dauntless courage, and voices raised in joyous songs.
Let us win! We are counting on you!
Assalamualaikum. Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kerana berjaya memimpin Perak dengan baik. Saya merupakan ahli UMNO Batu Kurau ingin memberikan pendapat berteraskan realiti politik masa kini. Selaku golongan profesional, saya melihat krisis di negeri Perak amat membimbangkan. Rakyat Malaysia melihat suasana politik negeri ini dengan serius tatkala pembangkang sentiasa memainkan isu-isu untuk menjadi popular sebagai juara rakyat. Saya ingin menyentuh sikap pengundi Cina dan India dalam ruangan ini. Apa yang saya lihat sikap kaum Cina dan India pada pentadbiran negeri masih lagi tidak banyak berubah dan kita tidak boleh mengharapkan hanya konsep bawaan PM Dato' Sri Najib 1Malaysia 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'sebagai sandaran utama untuk mengembalikan sokongan mereka. YB MB perlu ada mekanisma lain untuk meraih kembali sokongan mereka. Dalam PRU 12, banyak kawasan majoriti Cina di negeri Perak, BN telah tewas. Sebagai ketua yang bertanggungjawab memimpin BN Perak, saya berharap YB MB dapat melakukan sesuatu demi mengembalikan semula sokongan kaum Cina, India dan Melayu. Saya lihat orang Melayu ada nampak perubahannya untuk kembali semula menyokong UMNO, namun bagaimana dengan kaum Cina dan India. Kaum Cina dan India negeri Perak tidak sama sikapnya seperti di Negeri Sembilan, yang mana mereka sentiasa dihidangkan oleh pembangkang api-api kebencian pada kerajaan negeri sekarang. Apa yang boleh kita buat untuk tangani masalah ini, saya ingin mengemukakan cadangan
(1) Perpaduan adalah elemen teras untuk mengembalikan semula sokongan kaum Melayu, Cina dan India kepada BN semula. Jadikanlah program perpaduan 1Malaysia untuk memujuk mereka.
(2) UMNO perlu berubah untuk menjuarai kebajikan semua kaum. Ini adalah kerana, pembangkang selalu menyebarkan berita yang UMNO ini rasis.
(3) Sentiasa melawat kawasan-kawasan tumpuan orang Cina secara tidak rasmi, untuk mengetahui permasalahan mereka. InsyaAllah, cara ini cukup baik untuk meraih sokongan.
(4) Sentiasa mengunjungi ladang-ladang yang di duduki ramai kaum India. Dekatilah mereka, ramai orang India dalam kesusahan yang perlukan bantuan kerajaan negeri.
(5) Setiap kawasan DUN perlu melakukan aktiviti paling kurang sebulan sekali. Di kawasan majoriti orang Melayu, apa salahnya buat ceramah agama anjuran UMNO itupun sudah bagus. Untuk melibatkan seluruh kaum, sukaneka adalah satu alternatif yang selalu diamalkan.
(6) Kerjasama UMNO, MCA dan Gerakan perlu diperkukuhkan. MCA dan Gerakan perlu bergerak cergas dalam kawasan DUN majoriti Cina, janganlah waktu pilihanraya saja sibuk. Mulakan dari sekarang menolong rakyat. Saya harap YB MB ambil perhatian serius untuk menarik kembali sokongan kaum Cina dan India.
(7) Aktifkan jentera membantu rakyat dari sekarang di semua kawasan DUN dgn tumpuan harus diberikan kepada kawasan BN kalah. Gunakanlah negeri Perak ini sebaik-baiknya agar semua rakyat Perak dapat manfaat. Uruskan kewangan negeri Perak dengan baik.
Saya pun tidak boleh menulis panjang, banyak lagi idea yang ingin diceritakan. Kesimpulannya satu, BN perlu menjaga kepentingan semua kaum. Wassalam.
Assalamualaikum. Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kerana berjaya memimpin Perak dengan baik. Saya merupakan ahli UMNO Batu Kurau ingin memberikan pendapat berteraskan realiti politik masa kini. Selaku golongan profesional, saya melihat krisis di negeri Perak amat membimbangkan. Rakyat Malaysia melihat suasana politik negeri ini dengan serius tatkala pembangkang sentiasa memainkan isu-isu untuk menjadi popular sebagai juara rakyat. Saya ingin menyentuh sikap pengundi Cina dan India dalam ruangan ini. Apa yang saya lihat sikap kaum Cina dan India pada pentadbiran negeri masih lagi tidak banyak berubah dan kita tidak boleh mengharapkan hanya konsep bawaan PM Dato' Sri Najib 1Malaysia 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'sebagai sandaran utama untuk mengembalikan sokongan mereka. YB MB perlu ada mekanisma lain untuk meraih kembali sokongan mereka. Dalam PRU 12, banyak kawasan majoriti Cina di negeri Perak, BN telah tewas. Sebagai ketua yang bertanggungjawab memimpin BN Perak, saya berharap YB MB dapat melakukan sesuatu demi mengembalikan semula sokongan kaum Cina, India dan Melayu. Saya lihat orang Melayu ada nampak perubahannya untuk kembali semula menyokong UMNO, namun bagaimana dengan kaum Cina dan India. Kaum Cina dan India negeri Perak tidak sama sikapnya seperti di Negeri Sembilan, yang mana mereka sentiasa dihidangkan oleh pembangkang api-api kebencian pada kerajaan negeri sekarang. Apa yang boleh kita buat untuk tangani masalah ini, saya ingin mengemukakan cadangan
(1) Perpaduan adalah elemen teras untuk mengembalikan semula sokongan kaum Melayu, Cina dan India kepada BN semula. Jadikanlah program perpaduan 1Malaysia untuk memujuk mereka.
(2) UMNO perlu berubah untuk menjuarai kebajikan semua kaum. Ini adalah kerana, pembangkang selalu menyebarkan berita yang UMNO ini rasis.
(3) Sentiasa melawat kawasan-kawasan tumpuan orang Cina secara tidak rasmi, untuk mengetahui permasalahan mereka. InsyaAllah, cara ini cukup baik untuk meraih sokongan.
(4) Sentiasa mengunjungi ladang-ladang yang di duduki ramai kaum India. Dekatilah mereka, ramai orang India dalam kesusahan yang perlukan bantuan kerajaan negeri.
(5) Setiap kawasan DUN perlu melakukan aktiviti paling kurang sebulan sekali. Di kawasan majoriti orang Melayu, apa salahnya buat ceramah agama anjuran UMNO itupun sudah bagus. Untuk melibatkan seluruh kaum, sukaneka adalah satu alternatif yang selalu diamalkan.
(6) Kerjasama UMNO, MCA dan Gerakan perlu diperkukuhkan. MCA dan Gerakan perlu bergerak cergas dalam kawasan DUN majoriti Cina, janganlah waktu pilihanraya saja sibuk. Mulakan dari sekarang menolong rakyat. Saya harap YB MB ambil perhatian serius untuk menarik kembali sokongan kaum Cina dan India.
(7) Aktifkan jentera membantu rakyat dari sekarang di semua kawasan DUN dgn tumpuan harus diberikan kepada kawasan BN kalah. Gunakanlah negeri Perak ini sebaik-baiknya agar semua rakyat Perak dapat manfaat. Uruskan kewangan negeri Perak dengan baik.
Saya pun tidak boleh menulis panjang, banyak lagi idea yang ingin diceritakan. Kesimpulannya satu, BN perlu menjaga kepentingan semua kaum. Wassalam.
Assalamualaikum YB MB. Saya ingin mengemukakan cadangan. Dalam bajet 2010, saya berharap ada peruntukan bonus untuk kakitangan negeri Perak.
Assalamualaikum YB MB. Saya berharap YB MB memulakan gerak kerja jentera lebih bersepadu di semua kawasan kalah DUN negeri Perak. Saya beri cadangan supaya serangan jentera (UMNO,MCA,MIC) dapat di lakukan di kawasan N51 Pasir Panjang milik Nizar khasnya. Apabila saya melihat sejarah kawasan ini, ianya merupakan kawasan dikhaskan untuk MIC. Kawasan ini melibatkan peratusan kaum yang melambangkan 1Malaysia (pecahan tiga kaum utama yang seimbang), jadi sudah sampai masanya UMNO ambil kembali kawasan ini pada PRU akan datang. Biarlah saudara Nizar rasa peritnya rasa kekalahan di kawasannya. Bila saya melihat statistik keputusan yang lalu di kawasan N51, jumlah pengundinya ada 26557, dengan hanya 19923 yang keluar mengundi, ini adalah angka yang cukup rendah hanya 75% sahaja. Kemungkinan ramai orang Melayu tidak pergi mengundi dan memboikot kerana calon dari MIC. Namun saya tidak menyalahkan calon tersebut mungkin ini sudah dijanjikan untuk mereka. Saya berharap jentera UMNO dan tidak lupa juga jentera komponen yang lain bergerak cergas. Apa yang saya lihat, jentera MCA,MIC dan Gerakan nampak layu, maka ianya memerlukan pemulihan secarq drastik. Selaku Ketua BN di negeri Perak, saya rasa setiap sebulan sekali pantaulah mereka supaya jentera mereka bukan hanya bergerak pada waktu pilihanraya tetapi bergerak pada setiap masa untuk menolong rakyat dalam kesusahan. Untuk UMNO pula jadilah juara semua kaum, jika Melayu susah kita bantu, jika Cina susah juga kita bantu, jika India susah pun kita bantu, maka ini akan mewujudkan persepsi sihat kaum lain terhadap UMNO.
Kami Pemuda UMNO Gopeng, sentiasa bersama Datuk Zambry. Hidup UMNO !!! BINASA DAP !!!
Assalammualaikum Dato' Seri.....Sikap mereka tak ubah seperti anjing yang menyalak.....Salakan HIDUP PAS....HANCUR BN......Saya ada sewaktu Persidangan DUN Perak baru2 ni.....saya melihat sendiri bertapa Jahilnya Umat PAS di Perak.....antaranya adalah Sembayang Hajat entah kemana halanya arah Kiblat..........itu lah yang menjadi ikutan kepada Penyokong PAS....sembahyang tidak lagi berkiblatkan Ka'bah....tetapi bangunan SUK...........minta dengan Allah agar Puak2 UMNO BN ni ditimpa bala......apakah dia terlupa...bahawa Bala itu akan turun untuk semua.................kan BODOH namanya tu.............
http://politikhitam.blogspot.com
Datuk Seri, I have not seen any updates lately. I hope to see more blog updates from you.
I am glad to see a calm, compose and professional Menteri Besar in you Datuk Seri !
Keep it up. We Perakians and fellow Malaysians hope to see more ideas from Datuk Seri and insights into Perak politics as well as the efforts to serve the people.
Salam YB Dato Seri,
Kelip-kelip dan buaya merupakan dua spesis yang banyak terdapat di Kg Dew, Semanggol, Perak.
Kertas Kerja Rancangan Pembangunan Persatuan Nelayan Kampung Dew
Program Eko-Pelancongan Kelip-kelip Dan Buaya Kg Dew.
Untuk dimajukan kepada agensi-agensi kerajaan seperti Perhutanan, JPS, JAS, NAHRIM, MPT, MTPNP, TDC.
Latar belakang.
Sungai Sepetang mengalir dari Kg Dew hingga ke Kuala Sepetang dan keseluruhan Hutan Paya Bakau Matang. Sungai ini sangat terkenal di kalangan pemancing udang galah, siakap, siakap merah dan sembilang.
Persatuan Nelayan Kampung Dew mempunyai 30 pemilik sampan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Mencari rezeki melalui aktiviti nelayan sungai seperti memukat ikan dan menyewa sampan kepada para pemancing udang galah.
Rasional.
Menurut seorang penyelidik dari USM yang mengkaji kelip-kelip di kawasan ini, mendapati koloni kelip-kelip di sini merupakan yang terbaik di Malaysia. Beliau telah membuat kajian hingga ke negeri Sabah. Pernah membentangkan hasil kajian kepada agensi-agensi kerajaan seperti Perhutanan, JPS, JAS, NAHRIM, MPT, MTPNP, TDC. Buaya juga banyak terdapat di sungai ini. Justeru Persatuan Nelayan Kg Dew mengambil inisiatif untuk memajukan ekonomi penduduk setempat melalui program ini.
Kemudahan yang sedia ada.
1. Sebuah jeti dari projek PIAS
2. Sampan nelayan 30 buah.
Kemudahan yang akan dilaksanakan Sebuah pengkalan nelayan. (Tender telah dibuka)
Kemudahan yang dipohon
1. Papan-papan iklan yang bakal diletakkan di beberapa lokasi strategik di sepanjang jalan Ipoh-Butterworth dan lebuhraya PLUS.
(Inilah saja yang kami pohon buat kali ini sebagai pencetus kepada aktiviti pelancongan)
2. Kenyataan program dimuatkan dalam laman web semua agensi terlibat seperti Perhutanan, JPS, JAS, NAHRIM, MPT, MTPNP, TDC.
3. Sebuah mini zoo.(Untuk menempatkan anak buaya yang terperangkap dalam pukat nelayan)
4. Dewan orang ramai baru berhampiran dengan jeti. Juga akan digunakan sebagai pusat penerangan. Dewan yang ada sekarang sangat uzur.
5. Papan kenyataan program diletakkan di Zoo dan Hutan Pendidikan Paya Bakau Matang.
6.. Sebuah restoran makanan laut.
Dulu saya selalu pikirkan yang dato sri seorang yang perampas..tapi sekian lama meneliti & memperhalusi, barulah saya faham mana yang benar..semoga dato sri terus sukses dan dapat membela nasib rakyat negeri perak..
BERITA HARIAN(3 NOV 09)- Perak sertai 4 pasukan tak layak sertai Liga M 2010
berdasarkan tajuk berita harian pd 3 nov 09 di atas adalah diharapkan Dato Seri selaku MB Perak menyelamatkan pasukan bolasepak negeri daripada tersingkir musim depan. Mohon sangat bantuan dari kerajaan negeri supaya Perak boleh beraksi tahun depan.
Perak mempunyai peminat yg ramai dato seri.. Jika Perak tidak layak, amat dukacita sekali... saya selaku rakyat Perak memohon jasa kerajaan negeri menyelamatkan PAFA & bolasepak negeri.
Tahniah atas pembentangan Bajet 2010 yang lalu. Semoga semuanya akan berjalan mengikut seperti apa yang dirancang untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakaya Negeri Perak.
Sambil itu diharapkan agar Dato Seri dapat melihat juga masalah yang sedang dihadapi oleh Persatuan Bolasepak Perak (PAFA)yang kemungkinan besar tidak dapat bertanding pada Liga Malaysia 2010 atas masalah kewangan. Amat malang sekali jika pasukan bolasepak Perak tidak dapat menyertai Liga Malaysia 2010.
Harap ianya mendapat perhatian dari pihak Dato Seri demi kepentingan dan maruah bolasepak negeri Perak.
YB..saya sentiasa mengikuti pergolakan politik yang berlaku di Perak...dari yang saya lihat PR sebenarnya tidak boleh menerima kekalahan sebenarnya. PR tidak boleh terima yang mereka hilang kuasa di Perak...Kalau mereka menang dulu, BN tak kata apapun...jika mereka kalah, macam2 perkara cuba di'politik'kan untuk meraih simpati.
Sekarang apa yang saya lihat, PR hanya ingin membuat keadaan pentadbiran negeri kucar-kacir dengan agenda mereka sendiri. Apa yang mereka fikirkan untuk ekonomi di Perak. Cuma ideologi politik mereka untuk kembali memerintah.
Saya sokong Dato'Seri untuk kemajuan negeri Perak. Teruskan perjuangan untuk memajukan negeri Perak.
Post a Comment