

| SIDANG DUN DAN BAJET 2010 PERAK | 7.11.09 |
|
Nukilan/Posted By : Dr Zambry Abd Kadir
|
|
Sudah agak lama saya tidak menghantar sebarang catatan.
Setelah habis sidang DUN Perak pada 28hb September 2009 saya teruskan dengan kerja-kerja pentadbiran menghadiri pelbagai mesyuarat di peringkat pusat dan negeri.
Alhamdulillah di sebalik usaha bersungguh-sungguh untuk menggagalkan sidang DUN saya dan rakan-rakan tidak terasuk oleh permainan mereka.
Rakan-rakan BN amat berdisiplin ketika berada dalam dewan. Ini menyebabkan kalangan pembangkang tenggelam punca dan akhirnya bertindak keluar Dewan selepas melepasi kelayakan kehadiran mereka.
Mereka menjadi serba salah kerana pada awalnya mereka mengatakan untuk tidak mahu hadir atas alasan kononnya tidak mengiktiraf Dato Ganesan yang telah mendapat perkenan perisytiharan memanggil sidang Dewan oleh Ke Bawah Dulu Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Tetapi akhirnya mereka terpaksa hadir juga kononnya atas alasan ADUN Tronoh Sivakumar yang memanggil sidang Dewan itu. Mereka sedia maklum sekiranya tidak hadir bermakna kedudukan mereka sebagai ahli Dewan juga akan tergugat, kalau-kalau tindakan diambil oleh Dato Ganesan.
Saya ucapkan terima kasih kepada Pembangkang ini meskipun mereka bersungguh-sungguh mengatakan tidak mahu hadir dan tidak iktiraf Ganesan, tetapi akhirnya akur juga kedudukan Ganesan dan tetap hadir.

Hakcipta / Copyright © 2009 Blog Rasmi Dato' Seri Dr. Zambry Abd.Kadir
Pelancaran Blog / Blog Launch : 1 Mei 2009



7 Respon/Comments:
ASWT YAB Dato' Seri
Kekuatan Seseorang Bukanlah kerana Kehebatan mereka Tetapi Kesabaran menahan Kemarahan. ALHAMDULILLAH
YAB & RAKAN2 TELAH MENJADI CONTOH KEPADA KEKUATAN INI.
"TOUGH TIME NEVER LAST, TOUGH PEOPLE DO"..
SALAM
Anak Perak di Kelantan
benar sebagaimana yg diramalkan oleh datuk seri yang mereka tetap akan hadir.
semuanya drama...
p/s: datuk seri,kalau boleh tlg kerap sikit update blog. kalau blh 3 kali seminggu pun sudah cukp baik. harus diingat datuk seri,dizaman ini media baru amat penting utk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.
tahniah...teruskan mentadbir negeri perak...
Salam sejahtera Dato’Seri,
We wish to congratulate all the BN backbenchers who maintained decorum and high discipline in the House throughout the sitting. They were cool and calm, and had successfully kept their peace despite the chaotic environment and the commotion caused by the constant booing and heckling of the PR representatives. The BN reps were indeed an august group of statesmen.
Repeated attempts by the opposition assemblymen to create a great show and dramatize everything in the House had proved futile. In fact, their efforts to gain public sympathy had been in vain. In this respect, they ought to be reminded that the scene of warring politicians shouting invective is no longer a joy to behold.
At this juncture, we wish to thank you for presenting a people-friendly budget. Among others, the allocations for poverty-eradication programmes, and the notable increase in contributions to the Chinese, Indian and Sikh communities are most welcome and applauded!
Dato’ Seri,
We are deeply grateful for your sincere commitment and selfless efforts to bring political stability and economic prosperity to the state of Perak. Let’s forge ahead in unity to a new summit of resounding victory, so that we can joyously celebrate our triumph!
Thank you for working so hard. We are praying for your happiness and good health.
Assalamualaikum. Saya tak tau nak mengadu masalah saya ni. So, saya tinggalkan aduan ini di blog Dato' semoga dato' membacanya walaupun tak de kaitan dengan topik post dato'.
Saya telah membeli lot rumah di sebuah kampung tersusun di hulu kinta. Luas lot tanah tersebut ialah 45 kaki x 80 kaki. Ikut undang2 MBI, luas rumah maksimum yang boleh saya bina ialah 25'x50' shj. Lebar rumah 25'tu sebenarnya agak sempit.
Jadi saya minta Dato' memberi kebenaran kpd pemilik2 lot rumah spt ini untuk membina rumah yang lebarnya 30' untuk lot2 yang sedia ada shj. Adapun untuk masa hadapan maka saya cadangkan supaya lot2 baru hendaklah berukuran sekurang2nya 30'x80'.
sekian terima kasih.
Yusoff bin Yaacob
A'kum...Dato'Seri,
Teman adalah anak jati Perak yang sayangkan negerinya...Semasa Dato' Seri bentangkan abjet di DUN Perak tempohari, teman hanya mengikutinya dari jauh...berdebar juag hati teman takut-takut...Dato' Seri tak dapat nak bentang bajet kerana gangguan daripada PR...Alhamdulilllah Dato' seri berjaya juga membentangnya...teman nak ngucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Seri..teman harap bajet 2010 akan memberikan manfaat yang sewajarnya kepada seluruh rakyat negeri Perak..khususnya kepada DUN Sg Rapat....Mohon pertimbangan Dato' Seri untuk membelanjakan sedikit peruntukkan pembangunan untuk membaiki jalan penghubung dari Taman Rapat Setia menuju ke Taman Panaroma Rapat Indah (melalui hadapan sekolah menengah Gunung Rapat).Atas pemerhatian teman, jalan tersebut rosak akibat aktiviti korek dan kambus oleh kontraktor yang membuat kerja-kerja disana...keadaan jalan tidak rata,berlopak dan bertakung air apabila hujan...harap dapat perhatian Dato' Seri dan YB Hamidah...
Saya doakan, InsyaAllah kerajaan BN dibawah pimpinan dato' Seri akan dapat memerintah Negeri Perak dengan jayanya...Hidup BN,hidup Umno...tingkatkan prestasi pada PRU yang akan Datang, semoga Perak dapat dikuasai oleh BN dengan lebih majoriti kerusi DUN....
Salam untuk Datuk Seri.
Politik Perak sentiasa saya ikuti.
Paling utama, bagaimana Datuk Seri berdepan dengan pelbagai cabaran yang pastinya kalau bukan calang-calang pemimpin, sudah lama tersungkur dan terkulai.
Apa-apa pun, pilihan raya umum akan datang paling penting. Ini disebabkan generasi IT mempunyai tanggapan tersendiri begitu juga dengan orang lama. Saya percaya Datuk Seri sudah lama bersedia untuk berdepan dengan rakyat bila tiba masanya nanti. Apa-apa pun saya doakan Datuk Seri berjaya bangunkan Perak dan paling utama, kembalikan keyakinan satu Malaysia dan satu Perak dan semua lapisan rakyat Perak terhadap Datuk.
Post a Comment